Friday, August 28, 2015

Suka, Sayang dan Cinta

bila kita suka orang, tak semestinya kita sayang..
yes suka tu kira macam first stage lah..
tapi suka boleh berubah jadi tak suka...

ada suka yang membawa kepada sayang..
ada suka yang akan end up dengan tak suka..

sayang pulak.. kadang-kadang bermula dari suka..
tapi kadang-kadang ia datang dengan misteri..
tak tahu dari mana, tiba-tiba terbit rasa sayang..
perasaan dia overwhelming and indescribable..
kadang-kadang kita tak kenal pun orang tu..
(ini macam kes saya dengan arwah kuma-chan..
perasaan ini datang bila saya tahu nama sebenar dia..
walaupun pernah bersua, tapi saya tak ada rasa suka..
biasa je.. lebih kepada hormat sebab dia abang kawan baik saya..
nama sebenar dia pun saya tak amik tahu sampai kawan saya sendiri yang bagitahu.. haha!)

cuma bezanya sayang, walaupun ada perkara yang kita tak suka pada orang tu..
kita tetap sayang pada dia.. dan tidaklah pulak dengan segala benda yang kita tak suka pada dia tu mengurangkan kasih sayang kita pada dia..
segala buruk perangai, segala benda yang menyakitkan hati..
semua tu takde hal lah..
memanglah tak suka, kita manusia...
maksud saya, itu bukan sebab untuk berhenti menyayangi..
sebab bila sayang, kita menerima seseorang itu seadanya dia..
fizikalnya, perangainya, attitudenya, bad behavioursnya..
segalanya tentang dia..

rasa sayang itu kekal sampai bila-bila..
and in my case, bukan seorang.. haha
sebab sayang is sayang! faham?

yang palig penting, bila kita sayangkan seseorang, hari-hari kita doakan dia..
kata sayang kan?
mestilah kita nak orang yang kita sayang baik-baik aja...

cinta? ada sayang yang menjadi cinta..
ada sayang yang terus menjadi sayang...

cinta itu kompleks sebab..
pada saya cinta itu apabila ia adalah antara dua pihak yang menyayangi satu sama lain..
cinta itu melengkapkan dua pihak..
cinta itu bila saat dua pihak bersama tanpa berbuat apa-apa, even bercakap pun..
tapi itulah saat paling bahagia dua pihak tersebut..
cinta itu bila kedua pihak bukan sekadar menyayangi,
tapi saling menghargai keberadaan masing-masing..
bila satu pihak tak ada, satu pihak lagi akan terasa ketiadaannya..
cinta itu bila kata-kata sudah tidak perlu untuk masing-masing mengetahui apa dalam hati masing-masing..

saya beruntung kerana dicintai oleh kuma-chan sehingga akhir hayatnya..
jadi buat masa ni.. saya pulangkan cinta saya kepada Allah Ta'ala..

sesungguhnya Allah Ta'ala jualah yang memiliki saya, hati saya, kuma-chan, dia, dan hati dia..




No comments: