Thursday, August 14, 2008

My Hero..

another sleepless night..huhuhu..I'm stressed..and I had the worst mense pain that forced me to curl up and sleep the whole afternoon at my office since I can barely stand..kuciwa!!!

oh well..since I'm still breathing..life has to go on..

and somehow i thought back about my younger days..when I don't have to deal with all the mess in life i'm making now..my pink obsession actually started back when i was 10 yrs old..huhu..guess people..guess!

I'm the Pink Ranger..huahuahau..remember Mighty Morphing Power Rangers? I really love that series..damn much..slalu berangan jadik kimberly (the Pink Ranger in the series)..I even had the same hairstyle as hers..haha!

atashi ingat lagi..atashi letak gambar power rangers atas meja atashi masa form 1..Ustaz Kamel buang depan mata atashi!! sangat marah..atashi bilik dorm menangis...isk isk..tak aci sbb dak2 laki leh je letak gambar team bola sebesar-besar gambar atas meja diorg..apasal atashi xleh letak gambar Power Rangers?? ini tidak adilll!!! huhh..

so I used the time to surf for my heroes..and I found this site..sangat best!! so Rangers..head on..

Wednesday, August 13, 2008

Maklumat Tayar

Sebenarnya, setiap tayar mempunyai maklumat yang terperinci berhubung jenis, saiz dan keumpamaan, termasuk minggu dan tahun keluaran. sesiapa saja dapat memahami maklumat ini untuk membuat pilihan tayar yang tepat bagi kenderaan mereka. cara paling tepat memahaminya adalah dengan memilih satu contoh tayar dan menelitinya sedikit demi sedikit.

Di bawah ini adalah panduan untuk makna nombor yang paling penting bagi sebuah tayar. Sebagai contoh, kita akan teliti nombor berikut: 175/70R13 82H. Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. biasanya jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu. Nombor 70 menyatakan nisbah aspek (aspact ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar itu.

Dalam contoh, ketinggian tayar adalag 70% kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 kebawah diklasifikasi sebagai tayar profil rendah. Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan yang lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin boleh terjejas sedikit.

Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan kesemua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu. Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus. Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar dengan diameter lebih besar, anda juga perlu menukar rim kepada diameter sama.

Nombor 82 melambangkan indek keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksima melambangkan nombor "82" kami perlu merujuk kepada carta "index keupayaan mengangkut tayar berat" yang ditetapkan diperingkat antarabangsa. sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikul berat maksima 475 kilogram. Berat maksima meujuk kepada setiap tayar, kita perlu darabkan 4 kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (contoh: 475 x 4 = 1900 kg) www.familiazam.com

Huruf "H" yang terakhir adalah menyatakan kelajuan maksima bagi sesebuah tayar yang direka. Taraf kelajuan H dalam contoh bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j. Dibawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.

S-180 km/j
T-190 km/j
U- 200 km/j
H-210 km/j
V-240 km/j

Z-melebihi hadlaju 240 km/j
W-270 km/j
Y-300 km/j

Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan.

credits to oto-chan yang sgt x suke dgn idea atashi untuk menukar tayar baby atashi dgn rim yang berdiameter besar just for looks..tp sebenarnya dah kantoi dengan atashi die tepon cina bengkel tu tanya pasal trade in rim baby atashi tu..jadi..suke ke x suke?? dulu atashi nak tukar sports bumper pun dia bising jugak.."pakai standard aje sudah..memang engineer dah design macam tu..pnat je engineer2 tuh pk"..tu la ayat standard oto-chan tiap2 kali atashi bukak mulut pasal nak mekap baby atashi tuh..naseb baikla anak oto-chan sorang nih degil..kalo x..x dptla bergaya muda dgn baby atashi tiap2 hujung minggu..huahuahau..

Monday, August 11, 2008

Yellow Brained..Ha Ha

I got this from my email..credits to them..
lawak..huhu..

Ni pengetua otak kuning daaa.....

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut :
"Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki
Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku
Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)
Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?
Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu
Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah
Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.

Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung
Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".

P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning.....hehehe

Khabarkan..

Lyrics / Lirik lagu Khabarkan - Luscious

ku.. khabarkan pada sang air
cinta ku basah di tengah hujan
lemas di tengah lautan

dan ku.. khabarkan pada sang angin
hentikan pukulan ombak
agar cinta ku mampu berenang

Chorus

bawa cinta ku ke sisir pantai
biar cinta ku ke daratan kembali
agar dapat mengejar cintanya
khabarkan padanya
bawa cintaku ke sisir pantai
biar cintaku ke daratan kembali
agar dapat mengejar cintanya
cintaku mahukan dia

khabar..khabar..khabarkan..2x

khabarkan pada sang bulan
cintaku hilang panduan
hilang arah hampir rebah
tak tahu ke mana berjalan
khabarkan pada sang mentari
terangkan jalannya empunya hati
agar cintaku sampai padanya

Repeat Chorus

angin khabarkan
cinta ini padanya
angin tolonglah
cintaku mahukan dia

Sunday, August 10, 2008

Atashi sangat down!!

ye..sangat down..atashi mau cerita..tapi malas mau cerita..sbb cerita itu tak best..huuuu..

cerita di bawah xde kaitan dengan cerita di atas..

hari ni hari ahad..tp atashi gi kije..huhu..ye..kije..esok ader hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang..n atashi jadik conductor untuk koir..hehe..atashi mmg peminat seni..cuma xde bakat je..huahuahua..

atashi ingat sudah lambat..rupaya atashi org plg awal..kuangkuang..kul 9.30 smpi..kul 10.30 baru start rehearsal..masak tul..nyesal atashi tak makan dulu kat umah..pasal ingat dah lambat sgt..hampeh..memang hampeh..tp sumenye ok..lepas rehearsal dpt mkn nasik ayam..memang best..

bila atashi pulang..tengok oka-chan tgh buat sambal belacan daa~..dengan sotong kunyit..dengan bendi & terung rebus..alamak..terpaksala atashi makan lagi..[mana boleh tgk je sambal belacan tuh..hahaha]

lepas makan..tido jap..[bagus kan?] pastu baru teringat..nak gi wat treatment rambut..kepala dah gatal tahap cipan dah..huhuh..keluar lagi..skali smpi tempat tu kedai tu dah tutup daa~..adoi..tensi..tensi..seb baik atashi bawak biz card yang die bagi berkurun lalu..rupenye dah pindah..dlm 2-3 kilometer dari situ..atashi memang x familiar sgt area tuh..15 minit jugakla mencari..haha..hahaha..tp alhamdulillah akhirnye sampai jugak..

lega betul kepala nih pas wat treatment..sedap btul bile die letak ubat dandruff tuh..huhh..puas hati x terhingga..hahaha..tp lg sebulan kene dtg lagi..hummm..mood sudah swing..xpe..atashi mintak diri dulu aa..

jya!

Thursday, August 7, 2008

Terang Bulan..

well..ni atashi nak tanya..sejauh mana anata-tachi tau pasal sejarah lagu Negaraku?..huhu..
saje atashi nak share-share kan di sini..stuff I found on the net about the song of our beloved land..
alang-alang kita dalam bulan kemerdekaan ni kan..

Sebenarnye ade 2 versi pasal sejarah lagu Negaraku nih..satu..anata-tachi leh baca kat sini..pasal ni copyrighted..xleh nak copy..huhuhu

Sejarah Lagu Negaraku - Perpustakaan Negara Malaysia

dan satu lagi..anata-tachi baca kat sini je....

Evolusi Lagu Negaraku - credit to Azy

Mamula Moon
Lagu ni berusia lebih dari 100 tahun. Ia berasal dari kepulauan Mahe di Seychelles. Sejarawan percaya ia ditulis oleh penyair dan komposer perancis bernama Jean de Beranger (1780-1857). Lagu ni dinyanyikan oleh Felix Mendelssohn & his serenaders sekitar tahun 1940.

Lagu ini telah dibawa pulang oleh Raja Abdullah setelah baginda selesai menjalani hukuman dibuang negeri ke Kepulauan Seychelles, kerana didakwa bersubahat membunuh Residen British, JWW Birch.

Terang Bulan
Liriknyer...
Terang Bulan, Terang Bulan Di Kali,
Buaya Timbul, Disangkalah Mati
Jangan Percaya Mulutlah lelaki,
Berani Sumpah Tapi Takut Mati!
Jangan Percaya Mulutlah Lelaki,
Berani Sumpah Tapi Takut Mati!

[memang atashi suka lirik ini lagu..hohoho]

Lagu Mamula Moon itu telah dialih bahasa dan dijadikan lagu keroncong yang bernama Terang Bulan. Lagu inilah yang diperkenalkan oleh Raja Muda Raja Abdullah sekembalinya baginda ke Perak.

Lagu ini kemudiannya diberi seni kata baru dan dinamakan "Allah Lanjutkan Usia Sultan" seterusnya dijadikan lagu rasmi negeri Perak Darul Ridzuan.

Lagu rasmi negeri Perak "Allah Lanjutkan Usia Sultan" ini telah dipilih menjadi lagu kebangsaan Persekutuan Tanah MElayu oleh jemaah hakim yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 5 Ogos 1957. Upacara pemilihan lagu kebangsaan ini berlangsung di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur.

Lagu itu kemudiannya telah digubah menjadi lagu Negaraku yang ada sekarang ini.

Lagu Negaraku

Lagu Negaraku telah ditukar rentak kepada rentak yang lebih rancak oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohammad, Perdana Menteri Malaysia ke-4. Lagu Negaraku berentak baru dipersembahkan buat kali pertama pada sambutan Ambang Merdeka di Dataran Merdeka tengah malam 30 Ogos 2003.

Lirik Negaraku berentak baru masih sama. Cuma permulaan lagu itu perlahan seperti irama lagu Negaraku yang asal dan selepas itu, pergerakannya akan bertambah laju.

tak payahle letak lirik..takkan anata-tachi x tahu kut?

Walaubagaimanapun, lagu Negaraku dalam rentak baru kurang popular. Malah ada yang menyamakan tempo lagu baru seperti lagu sarkas. Pada Julai 2003 akhbar Malaysia menyatakan bahawa lagu Negaraku akan ditukar sekali lagi dan liriknya akan ditukar dari Negaraku kepada Malaysiaku. Terdapat bantahan ramai dan pertukaran nama dibatalkan, tetapi lagu Negaraku diubah dan dikembalikan kepada tempo pra-1992 oleh pengubah Wah Idris.

atashi pun x tahulah yang mana yang betul..but I hope you enjoyed reading this post ^.~

Tuesday, August 5, 2008

August Oredi??

aiyoo..sangat lama x update ok..xper2..xlama lagi atashi akan sajikan anata-tachi dengan beberapa out dated posts..tunggu aa..ikuti rentetan untuk hari ni dulu..

as for today..hari ni atashi puasa..mengganti..[baru nak start ganti..x semenggah btol..]..smlm oka-chan buatkan sambal ikan bilis kering untuk imouto-chan kat sarawak tu..maklumla..dah nak puasa ni..sambal tu sememangnyer feveret atashi zaman skolah dulu..so oka-chan adala tinggalkan sket untuk sahur pagi tadi..the rest dah pack up nak post kat imouto-chan..atashi la yang kene post tuh..

seperti biasa..kelambatan ke opis..hari ni dapat bawak my baby sebab selama ni kena tipu dgn oto-chan..die ckp my baby xleh jln jauh2..drive shaft rosak..tp snarnye x pun..steering column je yang berbunyi..huhh..atashi pun tataula smpi bile atashi termakan tipu daya oto-chan nih....

pepagi dah kuar opis nak pi post office..nanti kalo pi tgh hari orang dah ramai..lagi2 sekarang nih musim amik rebat minyak..sebelum tu..org air-cond dh dtg nak finish up keje smlm..pasang alternator aircond 12hrs-12hrs..so that every 12 hrs..air cond dlm bilik server tu akan switch antara satu sama lain..ada paham??

kat post-office..kerani pos tu ckp..atashi kene ikat parcel tu..takut pecah..mmg atashi tahu kene ikat..tp mlm smlm xde tali kat umah tu..oka-chan dah guna sume wat ikat ape tah..tu je la tali yang ader kat umah pun..but lucky atashi..ader orang lain yang tertinggal tali rafia kat kaunter tuh..huhuh..belasah jelaa..

pastu gi cimb..nk tanya pasal loan..skali office call..bos cari daa..memandangkan atashi malas nk gi bank byk2 kali..teruskan jela niat kat cimb tu..pastu baru balik..rupenye boss nak atashi update website tuh dgn profil ahli majlis terkini..so pepaham la kene wat ape pastu kan..huuu..memang sgt boring..dah la xleh mkn..[makanan sememangnye menghiburkan..]

dan atashi masih membuat kerja tersebut sekarang..oh ye..tadi org suk ada cari pasal tarikh meeting..adoii..pening plak rasanya orang demand2 kite wat taklimat nih..sukehati atashi la nk bagi taklimat ke tak..nak pakse-pakse apehal..adoila..x paham..padahal agendanya nak melawat office baru ni yang konon mcm istana je..huhh..

chow jap..nak menunaikan kewajipan..nguhuhu..