Thursday, August 7, 2008

Terang Bulan..

well..ni atashi nak tanya..sejauh mana anata-tachi tau pasal sejarah lagu Negaraku?..huhu..
saje atashi nak share-share kan di sini..stuff I found on the net about the song of our beloved land..
alang-alang kita dalam bulan kemerdekaan ni kan..

Sebenarnye ade 2 versi pasal sejarah lagu Negaraku nih..satu..anata-tachi leh baca kat sini..pasal ni copyrighted..xleh nak copy..huhuhu

Sejarah Lagu Negaraku - Perpustakaan Negara Malaysia

dan satu lagi..anata-tachi baca kat sini je....

Evolusi Lagu Negaraku - credit to Azy

Mamula Moon
Lagu ni berusia lebih dari 100 tahun. Ia berasal dari kepulauan Mahe di Seychelles. Sejarawan percaya ia ditulis oleh penyair dan komposer perancis bernama Jean de Beranger (1780-1857). Lagu ni dinyanyikan oleh Felix Mendelssohn & his serenaders sekitar tahun 1940.

Lagu ini telah dibawa pulang oleh Raja Abdullah setelah baginda selesai menjalani hukuman dibuang negeri ke Kepulauan Seychelles, kerana didakwa bersubahat membunuh Residen British, JWW Birch.

Terang Bulan
Liriknyer...
Terang Bulan, Terang Bulan Di Kali,
Buaya Timbul, Disangkalah Mati
Jangan Percaya Mulutlah lelaki,
Berani Sumpah Tapi Takut Mati!
Jangan Percaya Mulutlah Lelaki,
Berani Sumpah Tapi Takut Mati!

[memang atashi suka lirik ini lagu..hohoho]

Lagu Mamula Moon itu telah dialih bahasa dan dijadikan lagu keroncong yang bernama Terang Bulan. Lagu inilah yang diperkenalkan oleh Raja Muda Raja Abdullah sekembalinya baginda ke Perak.

Lagu ini kemudiannya diberi seni kata baru dan dinamakan "Allah Lanjutkan Usia Sultan" seterusnya dijadikan lagu rasmi negeri Perak Darul Ridzuan.

Lagu rasmi negeri Perak "Allah Lanjutkan Usia Sultan" ini telah dipilih menjadi lagu kebangsaan Persekutuan Tanah MElayu oleh jemaah hakim yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 5 Ogos 1957. Upacara pemilihan lagu kebangsaan ini berlangsung di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur.

Lagu itu kemudiannya telah digubah menjadi lagu Negaraku yang ada sekarang ini.

Lagu Negaraku

Lagu Negaraku telah ditukar rentak kepada rentak yang lebih rancak oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohammad, Perdana Menteri Malaysia ke-4. Lagu Negaraku berentak baru dipersembahkan buat kali pertama pada sambutan Ambang Merdeka di Dataran Merdeka tengah malam 30 Ogos 2003.

Lirik Negaraku berentak baru masih sama. Cuma permulaan lagu itu perlahan seperti irama lagu Negaraku yang asal dan selepas itu, pergerakannya akan bertambah laju.

tak payahle letak lirik..takkan anata-tachi x tahu kut?

Walaubagaimanapun, lagu Negaraku dalam rentak baru kurang popular. Malah ada yang menyamakan tempo lagu baru seperti lagu sarkas. Pada Julai 2003 akhbar Malaysia menyatakan bahawa lagu Negaraku akan ditukar sekali lagi dan liriknya akan ditukar dari Negaraku kepada Malaysiaku. Terdapat bantahan ramai dan pertukaran nama dibatalkan, tetapi lagu Negaraku diubah dan dikembalikan kepada tempo pra-1992 oleh pengubah Wah Idris.

atashi pun x tahulah yang mana yang betul..but I hope you enjoyed reading this post ^.~

No comments: