Showing posts with label Bukan Repekan. Show all posts
Showing posts with label Bukan Repekan. Show all posts

Thursday, April 9, 2009

sutoressu

blogger-emoticon.blogspot.com
atashi paling tak suka orang yang suka amik mudah bila melakukan sesuatu pekerjaan..
ye..memang bagus nak siapkan kerja cepat..taaaaapi tak bagus bila mengabaikan perkara-perkara yang sepatutnya diteliti terlebih dahulu..
blogger-emoticon.blogspot.com
young man..[ni budak praktikal atashi ni]..hidup ni jauh lagi..jangan tergopoh-gopoh..nanti mengundang padah pada diri sendiri..

take it from someone who have been there..done that..and make it one hell of a lesson in your life for not following orders..atashi tak marah betul2 lagi tadi..
blogger-emoticon.blogspot.com

and bercakap pasal nih..atashi terfikir perbualan dengan rakan sejawatan..yelah..pasal staf gomen ni lah..kalo yang dah senior tu..langsung tak boleh nak hormat pada mereka yang berpangkat lebih tinggi..memang lah tak semua..tapi pekerjaan itu satu tanggung jawab..masa kita mula-mula sain Surat Akujanji tuh dah kira mula menerima segala tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak atasan..tak buat maksudnye tak amanah la kan??
blogger-emoticon.blogspot.com

tu satu hal..tuding-menuding tu biasa..tapi masing-masing kena tahula tanggung jawab masing-masing kan..dalam kes atashi tadi..i had to be responsible..sebab yang buat kesilapan tu anak buah atashi..lagi tinggi pangkat..lagi banyak tanggungjawab..mati boss kalo dapat staf yang buat kerja lepas tangan..tak dengar cakap semua nih..
blogger-emoticon.blogspot.com

rakyat..orang awam..public..rata-rata memandang rendah pada kerajaan..mesti selalukan dengar ayat camnih.."alaa..gomen..biasala.."..kadang-kadang sebagus mana pun Ketua Jabatan tuh..kalau dapat orang bawahan yang tak bertanggung jawab..hancur gak..ni atashi yang tengok sendiri..yang lagi sedih..kebanyakan yang buat hal macam tu kaum sendiri..tapi tak semua..

atashi puji sangat staf-staf yang sangat menitikberatkan ketelitian dalam melaksanakan tugas memasing..memang atashi appreciate sesangat lah..lagi banyak tanya..lagi atashi suka..sekurang-kurangnya atashi tahu diorg wat kerja..tul tak?
blogger-emoticon.blogspot.com

alangkah bagusnya kalo mereka yang berada di zon selesa tu sedar..betapa la dunia luar tu sangat memerlukan mekanisme penyampaian kerajaan yang berkesan..apakah itu?? ya..itulah anda..termasuk atashi..yang bergelar penjawat awam nih..mungkin JPA should consider suatu skim perkhidmatan yang akan membuatkan penjawat awam bekerja dengan bersungguh-sungguh..tapi tu lah kan..selagi tak sedar tanggungjawab..

takdo maknonyo
blogger-emoticon.blogspot.com

Monday, April 6, 2009

..fuwa-fuwa..

** this post is relating my current 'life form' with this song..though tak banyak sangat yang atashi nak huraikan because this song is kinda straightforward la jugak..**



Misha Omar - Jawapanmu

kamu selalu buatku tersenyum sendiri
(huhu..lately..yes..)
ku tahu apa sebalik senyuman itulah yang ku mahu
jawapan dari kamu

aku selalu terkenangkan kamu
bila kamu jauh dari diriku kamu selalu yang ku rindu
(dulu tak..sekarang ade laa..sket)
jawapan rinduku kamu

terleka bila berbicara denganmu
(hoho..this is so true..beratus bil atashi bulan nih..T-T)
pastiku terbang tinggi ke awan biru
bermain dengan kata-kata
dari bibirmu itulah mimpiku selalu

kerap kali kau muncul di ruang minda
duniaku kini kian sempurna
(biasa biasa aje..)
bilaku terjaga kau di depan mata
(nih belum lagi ye..)
katakan saja apa yang di rasa
hoooohhh...

kamu selalu buatku tersenyum sendiri
ku tahu apa sebalik senyuman itulah yang ku mahu
jawapan dari kamu

aku selalu terkenangkan kamu
bila kamu jauh dari diriku kamu selalu yang ku rindu
jawapan rinduku kamu

nyata berbeza cara kau berbicara
ku terasa diriku istimewa
mahuku bertanya tapi ku tak berdaya
(hmm..dah tanya dah..)
dah ku dekat denganmu kelu lidah membisu
(yang nih tak try lagi..we'll see..)

masih lagi ku tercari-cari
dari mimpi ke mimpi hari ke hari
nyata mulanya dari kamu
katakan saja apa yang di rasa
oooohhh...

kamu selalu buatku tersenyum sendiri
ku tahu apa sebalik senyuman itulah yang ku mahu
jawapan dari kamu

aku selalu terkenangkan kamu
bila kamu jauh dari diriku kamu selalu yang ku rindu
jawapan rinduku kamu

selalu aku mendoakan
agar kita disatukan
dan kita akan
ke akhirnya
(amin...)
hooo.. wo wooo...

kamu selalu buatku tersenyum sendiri
ku tahu apa sebalik senyuman itulah yang ku mahu
jawapan dari kamu

apa yang kau mahu
itu yang ku mahu
janganlah kau pergi
tinggalku sendiri
ku cari jawapan pasti

kamu..
kamu selalu buatku tersenyum sendiri

**some things happened without expectation..susah nak digambarkan betapa pelik-peliknya perasaan atashi sekarang nih..well..i'm the one who used to do all the daydreaming and berangan thingy..nih atashi tak sempat berangan lagi dia dah berangan dulu dah..huhh..tak leh jadi nihh..sangat pelik..
blogger-emoticon.blogspot.com
so kronologi perasaan atashi lebih kurang adalah seperti berikut:
blogger-emoticon.blogspot.com >blogger-emoticon.blogspot.com>blogger-emoticon.blogspot.com>blogger-emoticon.blogspot.com> blogger-emoticon.blogspot.com> blogger-emoticon.blogspot.com > blogger-emoticon.blogspot.com...??
yes..it has been twice the heart attack..two weeks ago and this morning..sblom ni ade jugak minor heart attack..i'm wondering what will come next in the future..huhu..oh well..it seems that he never fails to surprise me..[yet]..oh..and he really enjoys abusing my gullibility..kan dear? jahat! takper..takper..ade lori ade bas..
blogger-emoticon.blogspot.com
haih..susah snarnye nak describe what this feeling is..macam..fuwa-fuwa kind of thing..macam berendam dalam air suam yang best pun ade juge..
blogger-emoticon.blogspot.com
ahh..dah merepek..tapi i do like you lah..haha..hahaha..tapi atashi ini memeningkan! dan memeningkan diri sendiri juge..huu..tapi tu lah..

so..thank you dear..for popping up into my life unexpectedly..because of you..i get to dream once more..and its a better dream than the last one..because now i have a rival..[ye lah..sblom ni berangan sorang-sorang je kan..[walopun berdua..isk]..hoho]..kite tengok angan-angan sape lagi best..
blogger-emoticon.blogspot.com
so let's just enjoy the moment while it lasts..
[oh..atashi harap sangat it will last..tak larat dah..huuu..amiin]
oh..dah nak lupa..this song is dedicated for you~
blogger-emoticon.blogspot.com
rindu kah?

Friday, February 13, 2009

Tips: Mohon Perjawatan Kerajaan

hmm..hmm..hari ni terasa nak menulis sket tips ni..memandangkan atashi telah juling melihat permohonan untuk perjawatan di tempat atashi..

[tarikh permohonan dah tutup ye..harap maaf]..i came up with this tips..dan lagi satu..tips ini adalah ditulis berdasarkan pengalaman atashi..[memanglah baru setahun jagung..but..sharing is caring kan..?]:

blogger-emoticon.blogspot.com

Mengisi Borang Permohonan
1. Sila isi semua ruang yang ditandakan *
2. Tulisan..pleasee..make it literable..hire someone else to write for you if you have to.
3. Nyatakan kemahiran anda sekiranya terdapat ruangan tersebut dalam borang permohonan itu.

Salinan sijil-sijil yang perlu dilampirkan
1. Kad Pengenalan
2. Sijil Lahir
3. Ijazah/Diploma/Sijil
4. Transkrip/Keputusan Peperiksaan sepanjang pengajian - mungkin tidak di minta oleh Jabatan berkenaan..tetapi pada atashi..it helps if you provide the transcript..lagi-lagi if you are applying for jobs with specialization seperti Engineer, IT..you can find the job description here. Click on kelulusan, then click on nama jawatan tu.
5. Sijil-sijil persekolahan - termasuk sijil keputusan SPM, PMR Sijil Berhenti Sekolah..Menengah dan Rendah..
6. Sijil-sijil lain - kemukakanlah sijil-sijil yang menunjukkan kredibiliti anata-tachi, sijil jadi pengarah kelab ke..timbalan pengarah..ketua bahagian..dan kemukakan sijil-sijil dari zaman universiti dan turun ke sekolah menengah/rendah..

berkenaan sijil lain-lain tu..nak kemukakan sijil..biarla bertempat mengikut perjawatan yang dipohon..contoh..anata apply untuk penolong pegawai teknologi maklumat..tak perlula hantar sijil penyertaan marathon..kejadahnye orang tu nak tahu anata masuk maraton?? itulah yang atashi maksudkan "biarlah bertempat"..kalau sekadar nak hantar sijil banyak-banyak nak menyatakan anata masuk macam-macam..that is just waste of time bagi orang yang buat tapisan permohonan dan waste of paper dan duit fotostat di pihak anata-tachi..[cintailah alam sekitar..fikir dulu sebelum buang]

blogger-emoticon.blogspot.com

Menghadiri temuduga
1. Wear accordingly..in this case..kije kerajaan..pakai baju kebangsaan - baju kurung/kebaya bagi perempuan dan pakaian pejabat bagi lelaki - preferably kemeja lengan panjang with tie or lounge suit..first impression is important.
2. Bring along - a resume, salinan asal sijil-sijil yang telah dikemukakan di atas - tip dari atashi : letakkan semua natang tu dalam clear folder supaya senang interviewer tu flip through your documents sambil menyoal anata-tachi..ni satu hal pulak dia nak dok tanya..pastu nak susun balik documents yang die duk belek-belek tadi..
3. Kije kerajaan ni..kena aware sket pasal isu-isu terkini dalam dan luar negara..so make sure a week before the interview - watch the news..read the news.. - satu lagi. lengkapkan diri dengan pengetahuan mengenai icon-icon dalan perkhidmatan awam..seperti Tan Sri KSN..Menteri-menteri kabinet..especially menteri yang berkaitan dengan perjawatan yang anta-tachi pohon..contohnye..untuk Teknologi Maklumat - Menteri Sains Teknologi dan Inovasi..siapa?

hehe..so itula sket-sket yang atashi nak share berkaitan pengalaman atashi..diharap dapatla di manfaatkan oleh anata-tachi..

o yea..kalao ade yang nak gi interview tak lama lagi ni..atashi ucapkan..err..
ganbatte kudasai~
blogger-emoticon.blogspot.com

Tuesday, February 10, 2009

Atashi Mau!!!

atashi sangat mengidamkan jam ini..dari tahun 2006 lagi..sabar menunggu ditabur janji-janji manis yang sememangnye palsu!! dasar lidah bercabang..

Guess 95216L1 Watch
Series: "French Kiss". Size: Ladies. Bracelet with three row chain and beads and a heart shaped pendant. Size: Strap 18cm with self adjusting G-Link system. Swarovski crystal.
atashi mau ini jam!
atashi mau..tinggal 4 je lagi kat Amazon...buy for me?
blogger-emoticon.blogspot.com

Saturday, February 7, 2009

politikus perak

err..politikus tu ape? leh makan ke?
blogger-emoticon.blogspot.com
ahha..basically that's my opinionla..sebelum masuk gomen..
tapi bila dah masuk gomen..
politikus itu..mengarut!
hari ni..ramai yang bertanya atashi..
dari abang sampaila ke adik..

mereka: camner Perak hari ni?? boleh masuk opis ke?
atashi: ni kat opis la ni..
mereka: oh..ingatkan takleh masuk opis..tengok dalam tv macam kene kepung je SUK tu..
atashi: [yeah rite..believe the idiot box]..dalam tv je tu..oh ye..atashi kije kat ****..so takdela kene mengena sangat dengan SUK tu..lagipun kami ni staf gomen..kije tetap jalan..tak kisahla sape yang memerintah..for me sama je..yang berbeza nanti cuma cara bekerja..
blogger-emoticon.blogspot.com
kemudian berkisar tentang gosip-gosip politikus yang lain..yang pada atashi..kebanyakannye mengarut..dan mungkin akhirnye akan merendahkan tahap IQ atashi..lawak pun ade..well..apa-apa pun baik hijau atau biru..masing-masing memperjuangkan ideologi sendiri..tapi..janganlah sampai berat sebelah..

kesimpulannya..pada pendapat atashi..politikus perak ni ada mee di sebalik udang..ye..itu bukan typo error..fikir-fikirkan lah

Tuesday, February 3, 2009

something worth pondering about..

i got this in my mailbox today..and i really think i should share this with my brothers and sisters..
Mengapa Yahudi Bijak

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
so dear brothers and sisters..[especially beloved trimeans]..ingat lagi sunnah Rasul s.a.w? jangan makan ikan bersama daging..makan buah sebelum makan nasi..dan sebagainya tuh..anata-tachi can do a lookup about it here..Yahudi ni ikut sunnah Nabi..kan? bila kita pengikut Rasulullah ni nak mengamalkan sunnah baginda s. a.w?
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA.
Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)
so definitely not a smoker to be the father of my children..why? continue on reading till the end..
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!.
Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun
2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok?
US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok?
Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi?
Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan
3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang
5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.


hopefully..sedikit sebanyak apa yang atashi share di sini dapat dimanfaatkan oleh anata-tachi sekelian..especially to imouto-chan yang kijenye makan tido dan makan gaji buta..

sekian..mekaceh..

Tuesday, December 23, 2008

My beloved TRIMEANS

please read up here..

TRIME 9600 Friendster Discussion Board

for info on our 2nd Gathering Plan

(members only yer..)

sape yang blom jadi member group itu pls drop me a message here..
or anywhere you think can reach me..

Thursday, December 18, 2008

&@#%@&#

blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

arghhh!!!!! atashi sangat bengang sebenarnyaa..sangat bengang dengan syarikat pembekal..ye..sangat bengang..ughhh..apehal diorg ni hah?? susah sangat ke nak tukar '-' jadik 0?? ughh..kalo bagi atashi buat tuh 5 minit jelahhh!!!!

dahla nak produce report takde options langsung..tak fleksibel..sistem macam haram!!! kut ye pun tanak bagi source..make lots and lots and i mean LOTS of options laaaa..ape korang ingat sume PBT buat kije sama ke??? yang bagus tu bagus la..yang macam haram?? camnih sampai kiamat pun x standard sistem haram nih?!!? lu pike la sendiri wehhh

camner leh dapat tender buat sistem nih?? sile jawab??
i see other companies are making HELL lot better systems than your system..not to mention vewy vewy user friendly..and please government agencies..please choose your system vendors wisely..bukan yang mcm haram camnih..i can't see any advantages of this system..hello?? correct me if i'm wrong..

oh yes the system is USABLE..but if it's ONLY usable..it doesn't mean that the system is GOOD at all..sorry to say..but you need to do more research! all the requirements that we want here is not met by the system at all..i repeat NOT AT ALL..its a manual system..you still have to check everything every day..the system can't even alert you on new updates..or even new complaint of the day for god sake..sistem macam ni la yang buat delivery kerajaan macam haram..yes i tell you that..

ARGHHHHHH!!!!

update: akhirnye dah settle..setelah habis sume org kat pejabat ni kene tempias..huhh

Thursday, October 16, 2008

a very old friend

okay..this peristiwa actually happened on
11th October 2008
harituh..
on that historical day [chewah..]..atashi telah ditemukan semula dengan a very old friend of mine..



ni lah Cik Zaimun Yahyah!!
ni lah member atashi sesama gi ngaji kat surau dulu..[sekarang dah jadi Sekolah Agama Rakyat Solathiah]..ni la member sesama mengasah skill naik beskal tak pegang handle..[tapi atashi tergolek tepi jalan pastuh..] ..ni lah member terkukik-kukik blkg kelas masa ustazah tgh ngajor kat depan..ni lah member main orang pensel time boring-boring masa ngaji dulu..[ingat tak zai?? yang kite duk lukis bilik-bilik kat belakang buku tuh..pastu orangnye pen ngan pensel..kire poly-pocket versi org pensel gitu..eh ke aku main ngan org lain tuh??]..

blogger-emoticon.blogspot.com

13 tahun kitorg x pnah jumpa okeh! padahal umah atashi ngan umah die sekangkang kera pun tak sampai..[sungguh hampeh kan???]

camner terjadi pertemuan itu?
jeng 3x..
blogger-emoticon.blogspot.com

alkisah..
semasa atashi mendesign menu untuk azim..[anata-tachi boleh rujuk di sini..]..timbul keperluan untuk mencari gambor ikan sweet sour..setelah meminta pandangan en. Google..adalah satu gambar ikan sweet sour tu..yang kira bolehla dimuatkan dalam menu tu..gambar itu di post ke sebuah blog..setelah menxerox gambar tersebut..atashi pun melihat-lihatlah profile tuan punye blog itu..yelah..dah curi gambar die..rasa serba salah pulak..so nak tengok-tengokla kut boleh kontek mintak halalkan atashi amik gambar tersebut..[baik kan atashi?? tapi gambar-gambar lain tak buat camtu plak..kepada semua tuan-tuan gambar-gambar tersebut..mohon halalkan yeah! rujuk di sini..]..

aih..mcm ku kenallah ini orang..
zaimun yahyah..? ipoh?? timun ke nih??
ooh..ade banyak blog die nihh [sambil selongkar profile dia..]
ader shoutbox..nak tegur ke tak? belasah je laaa..salah orang atashi lari jauh-jauh..=P

di blog zaimun
atashi : salam singgah..nak tanye..ni zaimun yang skolah kat sg rokam dulu ke?
zai : ye..saye la zaimun yang kat sg rokam tu..

di blog atashi
zai : oh my god! my very old best friend! anisyahayati..missed u so much dear.. [wah..ni memang atashi tabik spring la..kamu ingat nama penuh atashi ye zai..tenkiu tenkiu..sayang kamu!!]

setelah bercomment-comment di frenster dan berchatting di YM..akhirnye kitorg pun membuat keputusan untuk kuar bersama pada hari sabtu..[padahal sabtu tu esoknye je..ckp mcm sabtu tu minggu depan jerh..tp nampak sgt sangap sbb masing-masing dah ketandusan member melepak..haha!]

di hari kejadian..cik zaimun yang datang menjemput atashi..[sbb die yang ajak atashi gi teman beli barang-barang untuk engagement die nanti..wah..lepas kamu kawen nanti..keseorangan lagi la atashi..sokseksoksek]..cik zaimun memang sentiasa sihat..dari dulu lagi..huhu! dan atashi macam dulu jugaklah..sihat kat pipi je.. =P ..oh..sekarang dah tambah sket kat perut kot?

lepas jejak kasih dalam keta tuh..kitorg pun bergerak ke destinasi-destinasi pilihan cik zaimun..
1. Terminal Bas Medan Gopeng
cik zaimun nak gi Penang petang nih..so mesti mau beli tiket kan...
2. Kedai Barang Hantaran kat sebelah Pejabat Pos Kampung Rapat tu..
cik zaimun mau beli reben sama renda untuk hiasan hantaran..handmade gitu!..ah..kat kedai tu manyak ikan laga cantik-cantik!! balang ikan pun cantik-cantik!! dan pokok-pokok hiasan..ah terliur..memandangkan atashi sudah lama kesepian..mau seekor teman..nanti gaji..mesti mau!!
3. Kamdar kat pekan..
cik zaimun mau cari kain untuk baju akad nikah..tapi..sgt keciwa di situ!..tak banyak choice langsung..
4. sudah lapar..Restoran Laksamana Cheng Ho di Greentown..
makanan sedap! tapi waiter nye blurr tahap karma..cik zaimun mintak kueh teow dapat mee..atashi kepingin mau makan mee..tapi sume yg atashi order tarak..last-last atashi makan rice n beef with ginger..
5. err..semacam lupa..kite ke mana ye? macam pulang terus kan? oh ye..cik zaimun isi minyak..pastu kite berborak-borak dalam perjalanan pulang..sambil bergambar dalam keta..dan mengeluh..alangkah bestnyer kalo dapat ice blended..



6. Old Town kat belakang umah..
ye..serius belakang umah atashi ada Old Town..huhuhu..snarnye memula cik zaimun nak gi kedai beli cekelat hacks untuk bondanya..tetapi..
atashi : aku tak pnah lagi lepak kat sini..
zai : nak lepak jap ke?
atashi : ader ice blended kan...
zai : aku ok je..
[dengan pantasnye masuk ke lorong belakang untuk berpatah balik ke Old Town..huhu]

oh yes..takkan minum je kan..mesti makan lagi...atashi macam biasalah..kaya toast - single! [tadi kan baru pas makan..]



setelah sampai di rumah atashi..berakhirlah pertemuan kami pada hari itu..eventhough it was just a few hours..it was one of the sweetest moment in my life!!..
love u zai!!~~

blogger-emoticon.blogspot.com

Thursday, September 11, 2008

apasal berkira sangat???

ahhh~ bebaru ni atashi ada menganjurkan iftar untuk dak batch TRIME nih..ex-smap labu batch 1996-2000..tapikan atashi sedikit keciwa lahhh..ataupun kesal??
blogger-emoticon.blogspot.com
kenapa? sebab ada kalangan kengkawan yang boleh atashi katakan..BERKIRA..dengan member pun berkira ke?? atashi paling bosan skali bila dapat soalan camni..
1. ramai ke yang nak pegi?
2. bape orang yang nak pegi??
3. pompuan/laki bape ramai yang
pegi eh???
blogger-emoticon.blogspot.com
untuk ketiga-tiga soalan tuh..mahu saja atashi bagi jawapan berikut..
kalo sume orang dlm dunia ni mcm ko..buat pape majlis pun takkan ramai
blogger-emoticon.blogspot.com
btul tak??
lagipun majlis-majlis camnih simple je..nak pegi ckp nak pegi..tanak pegi sudah..rasa berat hati pun x payah..majlis-majlis ni sepatutnya diramaikan..
tapikan bila ada orang bertanya soalan-soalan macam tuh..seolah-olah xde kepentingan pun pada die..fine-lah xde kepentingan pun..tp xyahla nak tanya soalan-soalan camtuh..mcm hebat abes je nak tunggu ramai baru korang nak gi..serious ly la kan..kenapa perlu soalan-soalan macam itu?? kata dah member 5 tahun..kentut dari jauh pun dah kenal sape..so ape bezanya anata dan atashi?? mati esok masuk kubur jugak..xde lg yang aku dgr masuk bilik air-cond..[org kafir adala..]..masa-masa ni lah nak eratkan silaturrahim pun..wat pe nak tunggu bertahun-tahun kalo kite leh jumpa beberapa kali setahun?? tolong terangkan pada atashi anyone?? [hoho..sudah emo berlebihan..]
blogger-emoticon.blogspot.com
kepada yang ada kekangan seperti xde kenderaan tu atashi fahamlah..ahh..sudahla..peringatan untuk atashi supaya meletakkan pesanan berikut untuk setiap jemputan..
"jemputan untuk ditujukan khas kepada mereka yang ikhlas meramaikan majlis..kepada yang tidak..pendamkan saja hasrat anda itu.."
blogger-emoticon.blogspot.com

sekian..mekasey!!

p/s: kepada kengkawan yang tanpa hesitation mengatakan bahawa anda mahu pergi ke majlis tersebut..ketahuilah bahawa atashi sayang kamu semua!!
blogger-emoticon.blogspot.com

Friday, September 5, 2008

The Hippopotamus and The Tortoise

'Much of life can never be explained but only witnessed' - Rachel Naomi Remen, MD

NAIROBI (AFP) - A baby hippopotamus that survived the tsunami waves on the Kenyan coast has formed a strong bond with a giant male century-old tortoise in an animal facility in the port city of Mombassa, officials said the hippopotamus, nicknamed Owen and weighing about
300 kilograms (650 pounds), was swept down Sabaki River into the Indian Ocean , then forced back to shore when tsunami waves struck the Kenyan coast on December 26, before wildlife rangers rescued him.

'It is incredible. A-less-than-a-year-old hippo has adopted a male tortoise, about a century old, and the tortoise seems to be very happy with being a 'mother',' ecologist Paula Kahumbu, who is in charge of Lafarge Park , told AFP.

'After it was swept away and lost its mother, the hippo was traumatized. It had to look for something to be a surrogate mother. Fortunately , it landed on the tortoise and established a strong bond. They swim, eat and sleep together,' the ecologist added.

'The hippo follows the tortoise exactly the way it followed its mother. If somebody approaches the tortoise, the hippo becomes aggressive, as if protecting its biological mother,' Kahumbu added.

'The hippo is a young baby, he was left at a very tender age and by nature, hippos are social animals that like to stay with their mothers for four years,' he explained.

'Life is not measured by the number of breaths we take, but by the moments that take our breath away.'

This is a real story that shows that our differences don't matter much when we need the comfort of another. We could all learn a lesson from these two creatures of God,

'Look beyond the differences and find a way to walk the path together.'

Thursday, August 7, 2008

Terang Bulan..

well..ni atashi nak tanya..sejauh mana anata-tachi tau pasal sejarah lagu Negaraku?..huhu..
saje atashi nak share-share kan di sini..stuff I found on the net about the song of our beloved land..
alang-alang kita dalam bulan kemerdekaan ni kan..

Sebenarnye ade 2 versi pasal sejarah lagu Negaraku nih..satu..anata-tachi leh baca kat sini..pasal ni copyrighted..xleh nak copy..huhuhu

Sejarah Lagu Negaraku - Perpustakaan Negara Malaysia

dan satu lagi..anata-tachi baca kat sini je....

Evolusi Lagu Negaraku - credit to Azy

Mamula Moon
Lagu ni berusia lebih dari 100 tahun. Ia berasal dari kepulauan Mahe di Seychelles. Sejarawan percaya ia ditulis oleh penyair dan komposer perancis bernama Jean de Beranger (1780-1857). Lagu ni dinyanyikan oleh Felix Mendelssohn & his serenaders sekitar tahun 1940.

Lagu ini telah dibawa pulang oleh Raja Abdullah setelah baginda selesai menjalani hukuman dibuang negeri ke Kepulauan Seychelles, kerana didakwa bersubahat membunuh Residen British, JWW Birch.

Terang Bulan
Liriknyer...
Terang Bulan, Terang Bulan Di Kali,
Buaya Timbul, Disangkalah Mati
Jangan Percaya Mulutlah lelaki,
Berani Sumpah Tapi Takut Mati!
Jangan Percaya Mulutlah Lelaki,
Berani Sumpah Tapi Takut Mati!

[memang atashi suka lirik ini lagu..hohoho]

Lagu Mamula Moon itu telah dialih bahasa dan dijadikan lagu keroncong yang bernama Terang Bulan. Lagu inilah yang diperkenalkan oleh Raja Muda Raja Abdullah sekembalinya baginda ke Perak.

Lagu ini kemudiannya diberi seni kata baru dan dinamakan "Allah Lanjutkan Usia Sultan" seterusnya dijadikan lagu rasmi negeri Perak Darul Ridzuan.

Lagu rasmi negeri Perak "Allah Lanjutkan Usia Sultan" ini telah dipilih menjadi lagu kebangsaan Persekutuan Tanah MElayu oleh jemaah hakim yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 5 Ogos 1957. Upacara pemilihan lagu kebangsaan ini berlangsung di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur.

Lagu itu kemudiannya telah digubah menjadi lagu Negaraku yang ada sekarang ini.

Lagu Negaraku

Lagu Negaraku telah ditukar rentak kepada rentak yang lebih rancak oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohammad, Perdana Menteri Malaysia ke-4. Lagu Negaraku berentak baru dipersembahkan buat kali pertama pada sambutan Ambang Merdeka di Dataran Merdeka tengah malam 30 Ogos 2003.

Lirik Negaraku berentak baru masih sama. Cuma permulaan lagu itu perlahan seperti irama lagu Negaraku yang asal dan selepas itu, pergerakannya akan bertambah laju.

tak payahle letak lirik..takkan anata-tachi x tahu kut?

Walaubagaimanapun, lagu Negaraku dalam rentak baru kurang popular. Malah ada yang menyamakan tempo lagu baru seperti lagu sarkas. Pada Julai 2003 akhbar Malaysia menyatakan bahawa lagu Negaraku akan ditukar sekali lagi dan liriknya akan ditukar dari Negaraku kepada Malaysiaku. Terdapat bantahan ramai dan pertukaran nama dibatalkan, tetapi lagu Negaraku diubah dan dikembalikan kepada tempo pra-1992 oleh pengubah Wah Idris.

atashi pun x tahulah yang mana yang betul..but I hope you enjoyed reading this post ^.~